Petua Sakit Gigi
Sakit gigi amat memeritkan serta menyeksakan. Sesiapa yang pernah merasa sakit gigi tentu sekali tahu bagaimana seksa dan peritnya apabila ianya terjadi.1001PetuaKecantikan.blogspot.com akan berkongsi beberapa petua sakit gigi yang boleh dilakukan agar sakit gigi reda atau pulih. Petua sakit gigi yang ingin dikongsikan ini adalah petua sakit gigi secara tradisional, jika setelah dicuba sakit gigi anda masih seperti biasa atau semakin teruk, silalah rujuk kepada doktor gigi.
Petua sakit gigi :
- Ambil segelas air suam dan masukkan sedikit cuka. Kacau sebati dan gunakan untuk berkumur. Lakukan 3 kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
- Ambil sedikit kapur sireh dan kunyah pada gigi yang sakit hingga lumat. Amalkan mengunyah kapur sireh hingga rasa sakit tiada lagi.
- Petua sakit gigi yang ke-3, makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
- Ambil 3 kuntum bunga cengkih, gigit bunga cengkih pada bahagian gigi yang sakit. Sekiranya gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih itu hingga lumat, masukkan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
- Jika gigi berlubang, ambil sedikit getah pada tampuk buah betik muda, kemudian sapukan pada gigi yang sakit.
- Juga untuk gigi berlubang, seulas bawang putih ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit cuka. Masukkan ke dalam gigi berlubang.
Di atas merupakan petua sakit gigi yang boleh dicuba dikala anda perit menanggung kesakitan.
0 comments:
Catat Ulasan