Petua Hilangkan Jerawat Dengan Mudah.
Anda menghadapi masalah jerawat? Anda sering merasa rendah diri atau tiada keyakinan diri disebabkan masalah jerawat di muka yang seperti tiada penghujungnya.
Jangan risau. Kami di 1001PetuaKecantikan.blogspot.com ingin berkongsi beberapa cara atau petua hilangkan jerawat yang dapat anda amalkan sendiri di rumah. Anda boleh cuba beberapa petua hilangkan jerawat yang ingin kami kongsikan ini, Mana tahu, ianya dapat menyelesaikan atau sekurang-kurangnya mengurangkan masalah jerawat anda.
Petua Hilangkan Jerawat
- Ambil beberapa helai daun sireh. Kemudian daun sireh ini direbus hingga menggelegak. Biarkan air rebusan daun sireh menjadi suam. Kemudian basuh muka dengan air rebusan daun sireh tadi. Selepas itu jangan dilap, biarkan ia kering dengan sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih hingga cuci.
- Ambil beberapa helai daun jambu batu yang masih muda, seeloknya bahagian pucuk. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut di dalam air suam. Kemudian cuci muka dengan air perahan daun jambu batu tersebut.
- Selain cara diatas, petua hilangkan jerawat yang boleh anda cuba ialah dengan mengambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air hingga sebati. Kemudian sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan selam 20 minit. Kemudian basuhlah hingga bersih . Jika diamalkan selalu, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus
- Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
- Petua hilangkan jerawat yang seterusnya ialah dengan mengambil air kelapa tua. Cuci muka hingga bersih terlebih dahulu. Kemudian baru dicuci dengan air kelapa tua. Biarkan ianya kering kemudian dibilas hingga bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
- Ambil air basuhan beras. Cuci muka dengan air basuhan beras dan biarkan ia kering. Kemudian cuci hingga bersih.
- Petua seterusnya, Rendam beberapa keping asam gelugur selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.
- Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Tempelkan ke muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.
Di atas adalah beberapa cara atau petua hilangkan jerawat yang boleh anda cuba. Cubalah mana2 petua di atas, semoga dengan izin-Nya masalah jerawat anda dapat diselesaikan.
0 comments:
Catat Ulasan