Ahad, 8 Disember 2013

Petua Kecantikan : Petua Awet Muda Cara Islam

Petua Awet Muda.


petua awet muda
Awet muda? Tentu ramai sudah maklum apa itu awet muda dan ramai yang ingin kelihatan awet muda, wajah berseri tidak dimakan usia.

Entry kali ini kami ingin kongsikan beberapa petua awet muda cara Islam yang boleh anda amalkan dengan mudah  dan berkesan. Selain itu ianya amat menjimatkan kos. Tak perlu membazirkan wang ringgit untuk membeli produk2 yang mahal harganya.

Petua awet muda cara Islam ;

Petua awet muda 1 :
Sebaik saja bangun dari tidur, amalkan setiap hari dengan mengurut wajah dengan air dari bawah dagu hingga atas dahi sambil berselawat 3 kali.

Petua awet muda 2 :
Tahukah anda air liur mengandungi enzim yang boleh dijadikan penawar untuk penyakit. Oleh itu, sebaik saja bangun dari tidur, sebelum melakukan aktiviti2 lain seperti gosok gigi atau mandi, ambil segelas air kosong dan minum. Jangan terus ditelan air itu, biarkan selama 10 saat di dalam mulut sambil berselawat 3x, kemudian barulah ditelan.

Petua awet muda 3 :
Ketika hendak berdandan, baca selawat Nabi dan hembus di kedua tapak tangan. Kemudian raupkan muka beserta niat di dalam hati agar wajah indah seperti Nabi Yusuf.

Petua awet muda 4 :
Setiap kali selesai solat subuh, amalkan membaca surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk.

Petua awet muda 5 :
Amalkan mandi embun di waktu pagi. Caranya, bangun di waktu pagi dan ambil embun di hujung daun. Usap embun pada wajah, rambut dan tubuh badan. Amalkan seiap hari.

Di atas merupakan beberapa petua awet muda yang senang dan mudah untuk diamalkan. Selamat mencuba.


0 comments:

Catat Ulasan

Followers