Jumaat, 29 November 2013

Petua Kecantikan : Petua Melebatkan Rambut

Petua Melebatkan Rambut

Petua Melebatkan Rambut
Selalu kita dengar rambut adalah mahkota bagi wanita. Tapi pada zaman ini, bukan saja wanita bahkan kaum adam juga mementingkan penjagaan dan gaya rambut. Memiliki rambut yang lebat menjadi idaman untuk semua.

Petua kali ini adalah petua berkaitan dengan rambut. Tentu anda risau jika mendapati rambut anda kurang subur dan mulai jarang-jarang. Semua jenis shampoo dan alat penjagaan rambut anda telah cuba, namun hasilnya tetap sama. Jangan runsing atau risau, kita boleh cuba cara tradisional.

Di sini, 1001petuakecantikan.blogspot.com akan memberi satu petua melebatkan rambut secara tradisional yang sangat mudah untuk diamalkan.

Petua Melebatkan Rambut

  1. Ambil 2 biji buah keras dan buang kulitnya.
  2. Bakar buah keras tersebut hingga hitam dan mengeluarkan minyak.
  3. Ambil minyak yang keluar kemudian lumurkan pada kepala.
  4. Buat cara ini beberapa kali sehingga nampak hasilnya.

Selamat petua melebatkan rambut ini.

Rabu, 27 November 2013

Petua Kesihatan : Petua Sakit Kepala

Petua Sakit Kepala

Petua Sakit Kepala
Kepala berdenyut-denyut? Tiba-tiba berasa pening-pening lalat? Sakit kepala membuatkan anda rasa tidak selesa. Sakit kepala membantutkan tumpuan anda terhadap sesuatu. Sakit kepala mengganggu serta membantutkan hari-hari bahagia anda. Aduh sakitnya kepalaku.

Apa lagi, ambil 2 biji panadol atau ubat sakit kepala, telan. Itu pun kalau anda jenis yang mudah makan ubat. Atau dah makan ubat tapi kepala masih lagi berdenyut-denyut. Apa nak buat?

Ok, kali ni 1001PetuaKecantikan.blogspot.com ingin kongsikan petua sakit kepala secara tradisional. Takut makan ubat atau dah makan ubat tapi sakitnya tetap ada, kita cuba hilangkan sakit kepala dengan petua sakit kepala ini.

Petua Hilangkan Sakit Kepala (1)

1. Ambil beberapa helai daun bunga raya.
2. Ramas-ramaskan daun bunga raya itu di dalam bekas yang berisi air.
3. Sapukan di atas kepala dan dibiarkan selama 30 minit sebelum di cuci.

Petua Hilangkan Sakit Kepala (2)

1. Ambil segenggam asam dan secawan santan.
2. Tapis perahan asam dan campurkan bersama santan.
3. Lumurkan ke seluruh kepala dan bungkus kepala dengan tuala hingga kering.
4. Kemudian cuci dan syampoo kepala hingga bersih.

Petua Hilangkan Sakit Kepala (3)

1. Ambil lebih kurang 1 kg daun lemuni (batng yang lembut)
2. Masukkan daun ini ke dalam sarung bantal.
3. Tidurlah di atas bantal yang berisi daun lemuni ini.
4. Lakukan selama 2-3 hari.

Antara cara-cara lain yang boleh di cuba bagi menghilngkan sakit kepala ialah ;

1 . Minum air kosong atau air limau purut sebanyak 2 atau 3 gelas.
2. Berendam di dalam air panas
3. Ambil sehelai tuala kecil yang telah dibasahkan, Tekan tuala dengan lembut di bahagian kepala dan leher belakang.

Isnin, 25 November 2013

Petua Kesihatan : Petua Buang Angin Dalam Badan

Petua Buang Angin Dalam Badan


Badan banyak angin? Nak petua buang angin dalam badan?

Ok, sebelum itu mari kita kenali apakah gas atau angin dalam badan.

Gas atau angin yang berada di dalam sistem penghadaman selalunya mengandungi gas tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidogen serta metana. 99% mengandungi gas buangan dalam usus. Gas yang keluar melalui dubur dikaitkan dengan  bau yang kurang menyenangkan berkemungkinan gas mengandungi sulfur. Ia secara normal dilepaskan oleh bakteria yang berada di dalam usus besar.

Angin yang berada di dalam perut, usus kecil dan usus besar datangnya dari 2 sumber; udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat dihadam dengan baik.

Sebelum berkongsi petua buang angin dalam badan, ubahlah tabiat pemakanan anda supaya angin tidak banyak dalam badan. Ini dapat membantu mencegah serta membuang angin dalam badan. Kurangkan penganbilan makanan yang menyebabkan angin. Antara makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan ialah :
  1. Kacang
  2. Bawang
  3. Kobis
  4. Taugeh
  5. Sayuran seperti brokoli
  6. Asparagus
  7. Bijirin seperti roti gandum
  8. Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
  9. Susu dan produk daripada susu dan keju
  10. Minuman ringan dan jus buah

Petua buang angin dalam badan yang boleh anda ikuti ialah

  • Makanan dalam peket yang mempunyai laktus seperti roti, bijirin dan sos salad.
  • Banyakkan minum air kosong. .
  • Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
  • Kurangkan udara yang disedut
  • Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.
Bagi cara tradisional, petua buang angin dalam badan ialah dengan :
  1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
  2. Hiris bawang putih nipis-nipis.
  3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
  4. Minum ramuan ini sebulan sekali
Untuk petua-petua kesihatan yang lain, boleh rujuk di sini.




Khamis, 21 November 2013

Petua Kesihatan : Petua Sakit Gigi

Petua Sakit Gigi

Petua Sakit Gigi
Sakit gigi amat memeritkan serta menyeksakan. Sesiapa yang pernah merasa sakit gigi tentu sekali tahu bagaimana seksa dan peritnya apabila ianya terjadi.

1001PetuaKecantikan.blogspot.com akan berkongsi beberapa petua sakit gigi yang boleh dilakukan agar sakit gigi reda atau pulih. Petua sakit gigi yang ingin dikongsikan ini adalah petua sakit gigi secara tradisional, jika setelah dicuba sakit gigi anda masih seperti biasa atau semakin teruk, silalah rujuk kepada doktor gigi.

Petua sakit gigi :

  1. Ambil segelas air suam dan masukkan sedikit cuka. Kacau sebati dan gunakan untuk berkumur. Lakukan 3 kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
  2. Ambil sedikit kapur sireh dan kunyah pada gigi yang sakit hingga lumat. Amalkan mengunyah kapur sireh hingga rasa sakit tiada lagi.
  3. Petua sakit gigi yang ke-3, makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
  4. Ambil 3 kuntum bunga cengkih, gigit bunga cengkih pada bahagian gigi yang sakit. Sekiranya gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih itu hingga lumat, masukkan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
  5. Jika gigi berlubang, ambil sedikit getah pada tampuk buah betik muda, kemudian sapukan pada gigi yang sakit.
  6. Juga untuk gigi berlubang, seulas bawang putih ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit cuka. Masukkan ke dalam gigi berlubang.
Di atas merupakan petua sakit gigi yang boleh dicuba dikala anda perit menanggung kesakitan.



Isnin, 18 November 2013

Petua Kecantikan : Petua Kecantikan Muka

5 Petua Kecantikan Muka Secara Tradisional.


petua kecantikan muka
Hello..

Apa khabar?

Entry kali ni 1001PetuaKecantikan.blogspot.com ingin kongsikan 5 petua kecantikan muka secara traditional yang boleh diamalkan dirumah. Sudah tentu ramai yang ingin memiliki kulit muka yang cantik licin dan berserikan?

Bagi mendapatkan kecantikan muka yang diingini, bolehlah diamalkan mana-mana salah satu petua kecantikan muka yang ingin kami kongsikan di bawah.

5 Petua Kecantikan Muka yang boleh diamalkan :

  1. Air Didih Nasi :
    Ambil air didih nasi ketika sedang menggelegak, biarkan sekejap hingga suam kemudian sapukan pada kulit muka dan dibiarkan lebih kurang selama 5 minit. Kemudian bilaskan dengan air bersih. Amalkan selalu untuk mendapatkan kulit yang licin.
  2. Tomato :
    Ambil sebiji Tomato dan parut. Kemudian gosokkan pada muka dan leher perlahan-lahan. Tomato bagus untuk hilangkan parut. Pakai selama setengah jam kemudian cuci dengan air suam.
  3. Kentang :
    Kupas kentang kemudian potong nipis-nipis dan  tampalkan  pada seluruh muka dan biarkan sehingga kering. Amalkan 2 kali seminggu.
  4. Serbuk Teh :
    Ambil serbuk teh yang telah digunakan kemudian sapu dan gosok keseluruh muka. Biarkan lebih kurang selama 5 minit. Kemudian cuci muka dengan air suam..
  5. Lemon :
    Ambil sebiji lemon kemudian dipotong dua. Perah lemon tersebut untuk diambil jusnya. Sapukan jus lemon ke muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air bersih.
Di atas merupakan 5 petua kecantikan muka yang boleh anda cuba. Untuk mendapat hasilnya, petua kecantikan muka ini harus selalu diamalkan. Selamat mencuba.

Untuk petua hilangkan parut jerawat, bolehlah ke sini.

Sabtu, 16 November 2013

Petua Kecantikan : Petua Hilangkan Parut Jerawat

Petua Hilangkan Parut Jerawat


Muka ada parut jerawat?

Jerawat dah la satu hal, dah takde jerawat masalah parut jerawat la pulak. Satu lagi masalah yang nak kena selesaikan. Ok, entry kali ni 1001PetuaKecantikan.blogspot.com ingin kongsikan 1 petua iaitu petua hilangkan parut jerawat.

Sebelum itu, sebenarnya banyak petua-petua tradisional yang boleh diguna pakai untuk menghilangkan parut jerawat ni. Selain itu terdapat juga pelbagai ubat atau losyen di klinik-klinik atau farmasi khas untuk menghilangkan parut jerawat.

Kali ini, kami ingin kongsikan petua hilangkan parut jerawat secara tradisional dengan menggunakan daun pegaga.

Petua hilangkan parut jerawat dengan daun pegaga. Cara-caranya :

petua hilangkan parut jerawat
Daun pegaga
Ambil beberapa helai daun pegaga.
Ambil bedak sejuk.
Masukkan daun pegaga dan bedak sejuk ke dalam blender. Tambah sedikit air, kemudian kisarkan.
Kemudian sapukan adunan yang telah dikisar itu pada bekas atau parut jerawat. Amalkan setiap hari terutamanya setiap malam sebelum tidur.

Untuk memudahkan, bolehlah sediakan adunan diatas dalam kuantiti yang banyak sekali gus. Simpan adunan di dalam bekas yang bersih dan tertutup atau kedap udara. Kemudian simpan di dalam peti sejuk.

Selamat mencuba petua hilangkan parut jerawat dengan daun pegaga,

Petua Kecantikan : Petua Kuruskan Badan

Petua Kuruskan Badan


petua kuruskan badan
8 Cara atau petua kuruskan badan dengan mudah dan berkesan.

Anda gemuk?
Dah macam-macam cara anda cuba untuk kuruskan badan, tapi hasilnya tetap sama?

1001PetuaKecantikan.blogspot.com akan kongsikan petua kuruskan badan dengan anda semua. Apa yang perlu lakukan amat mudah, cuma ikuti kesemua 8 cara / petua kuruskan badan yang ingin kami kongsikan ini. Jika anda terus menerus mengamalkan apa yang kami kongsikan ini, tidak mustahil anda akan dapat bentuk tubuh yang anda impikan.

Nak tahu bagaimana?

Ok dibawah ini adalah 8 petua kuruskan badan :

1. Kawal Pemakanan

Pastikan anda berhenti makan sebelum anda rasa kenyang atau terlampau kenyang.
Setiap lebihan makanan yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda. Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!

2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein

Pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan. Karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara dan kemudian anda akan berasa lapar semula.
Manakala protein lebih cepat mengenyangkan dan kekenyangan itu kekal lebih lama.
Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil dengan kuantiti kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak  sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Dengan ini lemak-lemak dalam badan cepat terbakar.

3.  Jaga Waktu Makan dan Jangan Berlapar

Sarapan pagi adalah penting. Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!
Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar.
Jangan ambil makanan berat selepas jam 7 malam kerana kadar metabolisma badan  telah menurun selepas waktu ini. Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.

4. Elakkan / Kurangkan Minuman Berkarbonat, dan Berkafein

petua kuruskan badan
Kandungan gula dalam air berkarbonat adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan.
Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.
Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun menyebabkan punca kepada kegemukkan, malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.

5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari

Air kosong sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Amalkan minum air kosong sebanyak 2-3 liter sehari lebih kurang 8 gelas sehari.
Air yang mencukupi dapat membantu menyingkirkan bahan perkumuhan yang tidak diperlukan oleh badan. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan.

6. Lakukan Senaman Ringan atau Aktiviti Fizikal

Amalkan melakukan senaman ringan atau aktiviti fizikal yang ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Amaln ini dapat membakar kalori yang berlebihan di dalam badan.

7. Pilih Program Diet / Kuruskan Badan Yang Terbaik

Tidak perlu ke gym atau slimming center untuk kuruskan badan. Jika anda fikir hanya dengan menggunakan mesin-mesin boleh menguruskan badan anda, anda silap! Pilihlah program kuruskan badan yang berkesan, mudah untuk diikuti dan tidak memerlukan pengeluaran wang yang banyak.

8. Positifkan Diri Anda

Akhir sekali, buatlah satu target yang ingin  dicapai, contohnya berapa berat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.

Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa jika tiada penurunan berlaku. Iyalah, anda takkan nampak kesannya dalam sehari!
Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan result yang positif!

Khamis, 14 November 2013

Petua Kecantikan : Petua Kempiskan Perut

Petua Kempiskan Perut


petu kempiskan perut
Masalah perut buncit!!!

Penampilan kurang menyerlah disebabkan masalah perut yang kehadapan. Kurang keyakinan diri dan menghadapi masalah dalam menggayakan sesuatu fesyen disebabkan perut anda yang menonjol. Pelbagai petua kempiskan perut telah anda cuba tapi tidak berhasil.

Jangan risau, jangan khuatir. 1001PetuaKecantikan.blogspot.com akan kongsikan satu petua kempiskan perut yang amat mudah untuk diamalkan.

Sebelum itu, jika anda pernah mencuba petua kempiskan perut sebelum ini, tapi tidak berhasil tentu ada sebabnya. Adakah anda amalkan petua kempiskan perut itu terus menerus? Atau hanya 2 3 kali mencuba terus berputus asa, Atau petua yang anda ikuti itu terlampau berat untuk dilakukan?

Kami akan kongsikan satu petua kempiskan perut yang agak mudah untuk diamalkan. Tapi sebelum itu, harus diingatkan, petua ini haruslah dijadikan amalan barulah nampak kesannya. Jadi jangan berputus asa jika 2 3 kali mencuba tapi kesannya masih belum nampak. Setiap petua atau rawatan perlulah diamalkan selalu barulah nampak perubahannya.

Di bawah ini merupakan petua kempiskan perut yang ingin kami kongsikan.

petua kempiskan perut
Ok, langkah pertama. Bancuh secawan teh tanpa gula. Diulang sekali lagi, bancuh secawan teh tanpa gula.

Kemudian ambil sebiji limau nipis dan dipotong dua. Perah jus limau nipis itu kedalam secawan teh yang dibancuh tadi.

Minum ar teh tersebut.

Jadikan ini satu amalan setiap hari sehingga perut yang buncit itu kempis. Sebaik-baiknya secawan pagi dan secawan petang.

Selamat mencuba.

Petua Kesihatan : Petua Hilangkan Batuk dan Kahak

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak


petua batuk
Anda batuk? Tekak rasa berkahak? Dada rasa sakit disebabkan batuk tidak henti-henti? Anda malas ke klinik atau hospital? Anda takut atau tidak selesa memakan ubat batuk?

Di 1001PetuaKecantikan.blogspot.com, kami ingin berkongsi beberapa petua hilangkan batuk secara tradisional.

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak (1)

1 ) 1 sudu kecil madu asli
2 ) 3-4 biji limau nipis. Diperah untuk diambil airnya.
3 ) Setengah cawan air suam.

Campur kesemua bahan-bahan di atas. Kacau hingga sebati. Kemudian minum. Amalkan minum di waktu pagi.

petua hilangkan batuk
Madu Lebah Asli
Petua Hilangkan Batuk dan Kahak (2)

1 ) Ambil 1 biji limau kasturi diperah untuk ambil airnya.
2 ) 1 sudu kecil madu lebah asli
3 ) Halia 1 inci ditumbuk hingga lumat untuk diambil jusnya.

Campurkan hingga sebati jus limau kasturi, madu lebah asli dan jus halia. Kemudian minum.

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak (3)

Ambil seulas bawang putih beserta kulitnya. Bakar bawang itu hingga garing. Kemudan kupas kulit bawang dan makan isinya.

Antara lain-lain petua hilangkan batuk dan kahak yang lain ialah :

1 ) Campurkan jus limau nipis, madu dan gula batu di dalam asegelas air suam. Minum air campuran tersebut.

2 ) Makan limau kasturi bersama kicap.

3 ) Ambil sebiji epal merah, dipotong halus-halus dan direbus. Minum air rebusan epal merah tersebut.


Di atas merupakan beberapa petua bagi menghilangkan batuk dan kahak. Jika batuk anda masih berterusan atau tidak pulih, segeralah berjumpa dengan doktor.


Petua Kecantikan : Petua Hilangkan Jerawat Dengan Mudah

Petua Hilangkan Jerawat Dengan Mudah.


petua hilangkan jerawatAnda menghadapi masalah jerawat? Anda sering merasa rendah diri atau tiada keyakinan diri disebabkan masalah jerawat di muka yang seperti tiada penghujungnya.

Jangan risau. Kami di 1001PetuaKecantikan.blogspot.com ingin berkongsi beberapa cara atau petua hilangkan jerawat yang dapat anda amalkan sendiri di rumah. Anda boleh cuba beberapa petua hilangkan jerawat yang ingin kami kongsikan ini, Mana tahu, ianya dapat menyelesaikan atau sekurang-kurangnya mengurangkan masalah jerawat anda.

Petua Hilangkan Jerawat
  1. Ambil beberapa helai daun sireh. Kemudian daun sireh ini direbus hingga menggelegak. Biarkan air rebusan daun sireh menjadi suam. Kemudian basuh muka dengan air rebusan daun sireh tadi. Selepas itu jangan dilap, biarkan ia kering dengan sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih hingga cuci.
  2. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang masih muda, seeloknya bahagian pucuk. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut di dalam air suam. Kemudian cuci muka dengan air perahan daun jambu batu tersebut.
  3. Selain cara diatas, petua hilangkan jerawat yang boleh anda cuba ialah dengan mengambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air hingga sebati. Kemudian sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan selam 20 minit. Kemudian basuhlah hingga bersih . Jika diamalkan selalu, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus
  4. Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
  5. Petua hilangkan jerawat yang seterusnya ialah dengan mengambil air kelapa tua. Cuci muka hingga bersih terlebih dahulu. Kemudian baru dicuci dengan air kelapa tua. Biarkan ianya kering kemudian dibilas hingga bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
  6. Ambil air basuhan beras. Cuci muka dengan air basuhan beras dan biarkan ia kering. Kemudian cuci hingga bersih.
  7. Petua seterusnya, Rendam beberapa keping asam gelugur selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.
  8. Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Tempelkan ke muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.
Di atas adalah beberapa cara atau petua hilangkan jerawat yang boleh anda cuba. Cubalah mana2 petua di atas, semoga dengan izin-Nya masalah jerawat anda dapat diselesaikan.

Followers