Jumaat, 13 Disember 2013

Petua Kecantikan : 5 Petua Wajah Berseri


petua wajah berseri

5 Petua Wajah Berseri


Untuk mendapatkan wajah yang berseri-seri, bolehlah diamalkan cara-cara dibawah :
  1. Amalkan membaca "Ya Qawiyyu" yang bermaksud : "Wahai Yang Maha Kuat" setiap kali sesudah selesai solat.
  2. Jangan mencuci muka dengan sabun pencuci (cleanser) pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri wajah. Cuci muka di waktu malam sebelum tidur.
  3. Gunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek moisturizer.
  4. Selawat sebanyak 3 kali dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak sambil berdoa "Ya Allah serikanlah wajah ku agar yang memandang berasa senang denganku."
  5. Membaca doa ketika melihat cermin. "Ya Allah, sebagaimana Engkau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku."



Rabu, 11 Disember 2013

Petua Kesihatan : Petua Mudah Bersalin Mengikut Islam

Petua Mudah Bersalin Mengikut Islam


petua mudah bersalinKali ini 1001petuakecantikan.blogspot.com akan kongsikan amalan-amalan atau petua mudah bersalin mengikut panduan Islam.

Bagi ibu-ibu yang pertama kali mengandung, sudah tentu banyak perkara yang dirisaukan dan difikirkan. Hospital mana yang nak pergi, doktor mana yang hendak dipilih, dan bermacam-macam lagi yang bermain di otak fikiran.

Biasanya, pada bulan ke-7 atau trimester 3 para ibu mula berasa ketidak selesaan dan pada ibu yang baru mengandung pada ketika inilah mula fikirkan pengalaman dan rasa bersalin untuk kali pertama. Bagi yang beragama Islam, di sini kami ingin kongsikan petua mudah bersalin melalui amalan zikir, doa dan ayat2 al-Quran.

1 ) Sentiasa berzikir memuji Allah dan beristighfar mohon keampunan dari Allah.

2 ) Sentiasa mengamalkan Doa dan Surah-surah di bawah :

Doa Nabi Yunus

Doa Nabi Yunus


Doa mendapat zuriat yang soleh



Ayatul Kursi






3 ) Amalkan memakan buah kurma dan meminum air zam-zam.


Sabda Nabi, “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri  kamu yang sedang hamil, karena isteri-isteri kamu yang sedang hamil. Karena sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, niscaya anak yang akan lahir kelak akan menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas. Sesungguhnya makanan Siti Maryam takkala melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah kurma. Sekiranya, Allah s.w.t., menjadikan suatu buah yang lebih baik dari pada buah kurma, maka Allah telah memberi makan buah itu kepada Siti Maryam.” (H.R. Bukhari)


“Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia [bersandar] pada pangkal pohon kurma, ia berkata: “Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan”. (23) Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: “Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. (24) Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu (25). (Q.S Maryam: 23-25)



Ahad, 8 Disember 2013

Petua Kecantikan : Petua Awet Muda Cara Islam

Petua Awet Muda.


petua awet muda
Awet muda? Tentu ramai sudah maklum apa itu awet muda dan ramai yang ingin kelihatan awet muda, wajah berseri tidak dimakan usia.

Entry kali ini kami ingin kongsikan beberapa petua awet muda cara Islam yang boleh anda amalkan dengan mudah  dan berkesan. Selain itu ianya amat menjimatkan kos. Tak perlu membazirkan wang ringgit untuk membeli produk2 yang mahal harganya.

Petua awet muda cara Islam ;

Petua awet muda 1 :
Sebaik saja bangun dari tidur, amalkan setiap hari dengan mengurut wajah dengan air dari bawah dagu hingga atas dahi sambil berselawat 3 kali.

Petua awet muda 2 :
Tahukah anda air liur mengandungi enzim yang boleh dijadikan penawar untuk penyakit. Oleh itu, sebaik saja bangun dari tidur, sebelum melakukan aktiviti2 lain seperti gosok gigi atau mandi, ambil segelas air kosong dan minum. Jangan terus ditelan air itu, biarkan selama 10 saat di dalam mulut sambil berselawat 3x, kemudian barulah ditelan.

Petua awet muda 3 :
Ketika hendak berdandan, baca selawat Nabi dan hembus di kedua tapak tangan. Kemudian raupkan muka beserta niat di dalam hati agar wajah indah seperti Nabi Yusuf.

Petua awet muda 4 :
Setiap kali selesai solat subuh, amalkan membaca surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk.

Petua awet muda 5 :
Amalkan mandi embun di waktu pagi. Caranya, bangun di waktu pagi dan ambil embun di hujung daun. Usap embun pada wajah, rambut dan tubuh badan. Amalkan seiap hari.

Di atas merupakan beberapa petua awet muda yang senang dan mudah untuk diamalkan. Selamat mencuba.


Jumaat, 29 November 2013

Petua Kecantikan : Petua Melebatkan Rambut

Petua Melebatkan Rambut

Petua Melebatkan Rambut
Selalu kita dengar rambut adalah mahkota bagi wanita. Tapi pada zaman ini, bukan saja wanita bahkan kaum adam juga mementingkan penjagaan dan gaya rambut. Memiliki rambut yang lebat menjadi idaman untuk semua.

Petua kali ini adalah petua berkaitan dengan rambut. Tentu anda risau jika mendapati rambut anda kurang subur dan mulai jarang-jarang. Semua jenis shampoo dan alat penjagaan rambut anda telah cuba, namun hasilnya tetap sama. Jangan runsing atau risau, kita boleh cuba cara tradisional.

Di sini, 1001petuakecantikan.blogspot.com akan memberi satu petua melebatkan rambut secara tradisional yang sangat mudah untuk diamalkan.

Petua Melebatkan Rambut

  1. Ambil 2 biji buah keras dan buang kulitnya.
  2. Bakar buah keras tersebut hingga hitam dan mengeluarkan minyak.
  3. Ambil minyak yang keluar kemudian lumurkan pada kepala.
  4. Buat cara ini beberapa kali sehingga nampak hasilnya.

Selamat petua melebatkan rambut ini.

Rabu, 27 November 2013

Petua Kesihatan : Petua Sakit Kepala

Petua Sakit Kepala

Petua Sakit Kepala
Kepala berdenyut-denyut? Tiba-tiba berasa pening-pening lalat? Sakit kepala membuatkan anda rasa tidak selesa. Sakit kepala membantutkan tumpuan anda terhadap sesuatu. Sakit kepala mengganggu serta membantutkan hari-hari bahagia anda. Aduh sakitnya kepalaku.

Apa lagi, ambil 2 biji panadol atau ubat sakit kepala, telan. Itu pun kalau anda jenis yang mudah makan ubat. Atau dah makan ubat tapi kepala masih lagi berdenyut-denyut. Apa nak buat?

Ok, kali ni 1001PetuaKecantikan.blogspot.com ingin kongsikan petua sakit kepala secara tradisional. Takut makan ubat atau dah makan ubat tapi sakitnya tetap ada, kita cuba hilangkan sakit kepala dengan petua sakit kepala ini.

Petua Hilangkan Sakit Kepala (1)

1. Ambil beberapa helai daun bunga raya.
2. Ramas-ramaskan daun bunga raya itu di dalam bekas yang berisi air.
3. Sapukan di atas kepala dan dibiarkan selama 30 minit sebelum di cuci.

Petua Hilangkan Sakit Kepala (2)

1. Ambil segenggam asam dan secawan santan.
2. Tapis perahan asam dan campurkan bersama santan.
3. Lumurkan ke seluruh kepala dan bungkus kepala dengan tuala hingga kering.
4. Kemudian cuci dan syampoo kepala hingga bersih.

Petua Hilangkan Sakit Kepala (3)

1. Ambil lebih kurang 1 kg daun lemuni (batng yang lembut)
2. Masukkan daun ini ke dalam sarung bantal.
3. Tidurlah di atas bantal yang berisi daun lemuni ini.
4. Lakukan selama 2-3 hari.

Antara cara-cara lain yang boleh di cuba bagi menghilngkan sakit kepala ialah ;

1 . Minum air kosong atau air limau purut sebanyak 2 atau 3 gelas.
2. Berendam di dalam air panas
3. Ambil sehelai tuala kecil yang telah dibasahkan, Tekan tuala dengan lembut di bahagian kepala dan leher belakang.

Isnin, 25 November 2013

Petua Kesihatan : Petua Buang Angin Dalam Badan

Petua Buang Angin Dalam Badan


Badan banyak angin? Nak petua buang angin dalam badan?

Ok, sebelum itu mari kita kenali apakah gas atau angin dalam badan.

Gas atau angin yang berada di dalam sistem penghadaman selalunya mengandungi gas tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidogen serta metana. 99% mengandungi gas buangan dalam usus. Gas yang keluar melalui dubur dikaitkan dengan  bau yang kurang menyenangkan berkemungkinan gas mengandungi sulfur. Ia secara normal dilepaskan oleh bakteria yang berada di dalam usus besar.

Angin yang berada di dalam perut, usus kecil dan usus besar datangnya dari 2 sumber; udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat dihadam dengan baik.

Sebelum berkongsi petua buang angin dalam badan, ubahlah tabiat pemakanan anda supaya angin tidak banyak dalam badan. Ini dapat membantu mencegah serta membuang angin dalam badan. Kurangkan penganbilan makanan yang menyebabkan angin. Antara makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan ialah :
  1. Kacang
  2. Bawang
  3. Kobis
  4. Taugeh
  5. Sayuran seperti brokoli
  6. Asparagus
  7. Bijirin seperti roti gandum
  8. Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
  9. Susu dan produk daripada susu dan keju
  10. Minuman ringan dan jus buah

Petua buang angin dalam badan yang boleh anda ikuti ialah

  • Makanan dalam peket yang mempunyai laktus seperti roti, bijirin dan sos salad.
  • Banyakkan minum air kosong. .
  • Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
  • Kurangkan udara yang disedut
  • Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.
Bagi cara tradisional, petua buang angin dalam badan ialah dengan :
  1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
  2. Hiris bawang putih nipis-nipis.
  3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
  4. Minum ramuan ini sebulan sekali
Untuk petua-petua kesihatan yang lain, boleh rujuk di sini.




Khamis, 21 November 2013

Petua Kesihatan : Petua Sakit Gigi

Petua Sakit Gigi

Petua Sakit Gigi
Sakit gigi amat memeritkan serta menyeksakan. Sesiapa yang pernah merasa sakit gigi tentu sekali tahu bagaimana seksa dan peritnya apabila ianya terjadi.

1001PetuaKecantikan.blogspot.com akan berkongsi beberapa petua sakit gigi yang boleh dilakukan agar sakit gigi reda atau pulih. Petua sakit gigi yang ingin dikongsikan ini adalah petua sakit gigi secara tradisional, jika setelah dicuba sakit gigi anda masih seperti biasa atau semakin teruk, silalah rujuk kepada doktor gigi.

Petua sakit gigi :

  1. Ambil segelas air suam dan masukkan sedikit cuka. Kacau sebati dan gunakan untuk berkumur. Lakukan 3 kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
  2. Ambil sedikit kapur sireh dan kunyah pada gigi yang sakit hingga lumat. Amalkan mengunyah kapur sireh hingga rasa sakit tiada lagi.
  3. Petua sakit gigi yang ke-3, makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
  4. Ambil 3 kuntum bunga cengkih, gigit bunga cengkih pada bahagian gigi yang sakit. Sekiranya gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih itu hingga lumat, masukkan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
  5. Jika gigi berlubang, ambil sedikit getah pada tampuk buah betik muda, kemudian sapukan pada gigi yang sakit.
  6. Juga untuk gigi berlubang, seulas bawang putih ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit cuka. Masukkan ke dalam gigi berlubang.
Di atas merupakan petua sakit gigi yang boleh dicuba dikala anda perit menanggung kesakitan.



Followers